Prejudis Terhadap Pembangkang Harus Ditamatkan – Khaled Nordin

Prejudis Terhadap Pembangkang Harus Ditamatkan – Khaled Nordin

 

Prejudis terhadap pembangkang dan persepsi negatif yang dibuat terhadap kerajaan harus ditamatkan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, semua (parti) adalah rakan penting dalam kesuburan demokrasi dan tatakelola yang lebih baik.

Mohamed Khaled mengulas kesepakatan yang dicapai antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob dan tiga pemimpin pembangkang untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus serta memenuhi kehendak rakyat.

Persetujuan ini dicapai selepas berlangsungnya pertemuan Ismail Sabri dengan Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Setiausaha Agung Parti Demokratik Rakyat (DAP) di Putrajaya, hari ini.

“Saya berharap agar langkah besar yang dimulakan oleh Perdana Menteri akan disusuli dengan pelbagai tindakan yang lebih terangkum dari kedua-dua pihak.

“Malaysia adalah milik semua. Ia tanah air semua untuk semua dan kita mesti bersepakat deminya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,” kata beliau dalam kenyatannya baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.