Muhyiddin Mengadap Agong Pagi Ini, Bakal Letak Jawatan?

Muhyiddin Mengadap Agong Pagi Ini, Bakal Letak Jawatan?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tiba di Istana Negara pada jam 10.53 pagi tadi.

Menurut laporan di pintu Istana Negara, kehadiran Muhyiddin ditemani Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan sembah maklum berhubung perkembangan semasa situasi politik negara.

Ini rentetan daripada penarikan semula sokongan dari UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilakukan pada 3 Ogos 2021.

Sumber turut memberitahu, Muhyiddin masih mempercayai dan meyakini bahawa Kerajaan PN masih memiliki majoriti mudah untuk meneruskan fungsi kerajaan semasa.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat pertemuan ini adalah berkaitan Mesyuarat Jemaah Kabinet yang berlaku setiap Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.