Apa Tandanya Bila Negara Luar Beri Pertolongan Kepada Malaysia?

Apa Tandanya Bila Negara Luar Beri Pertolongan Kepada Malaysia?

 

WALAUPUN tak ramai yang mempertikaikan kejayaan membawa masuk berjuta-juta dos vaksin secara percuma, namun masih ada dalam kalangan rakyat kita yang negatif terhadap keupayaan ini.

Segelintir orang kita menganggap usaha tersebut sebagai sia-sia dan tidak selari dengan keputusan kerajaan sebelum ini yang membelanjakan berbilion wang rakyat bagi membeli jutaan dos vaksin Covid-19 dari pembekal.

Ada yang mempertikai kemana perginya wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membeli vaksin, setelah kita menerima pelbagai sumbangan vaksin dari beberapa buah negara kaya dunia?

Ubahlah cara kita memandang sesuatu perkara ketika pendemik ini.

Apa yang sedang berlaku (Malaysia menerima sumbangan vaksin secara percuma) merupakan suatu bentuk pengiktirafan dan sokongan negara-negara kaya terhadap usaha Malaysia bagi membentuk ‘herd immunity’.

Kenapa perlunya negara-negara luar menyokong pembentukan ‘herd immunity’ di Malaysia sedangkan ia tiada kena mengena dengan rakyat negara mereka sendiri?

Sekiranya ‘herd immunity’ berjaya dibentuk di negara-negara dalam dunia ini, maka ia menyumbang kepada kumulatif ‘herd immunity’ seluruh dunia.

‘Herd immunity’ dunia akan membuka peluang kepada hubungan bilateral antara negara seperti dahulu, khususnya dalam soal perdagangan atau aktiviti ekonomi.

Dengan kata lain, negara-negara kaya memerlukan dunia ini mencipta ‘herd immunity’ secepat mungkin untuk mereka kembali mengaktifkan aktiviti perdagangan – mencari dan mencipta kekayaan baharu.

Tak semua negara di dunia dapat sumbangan vaksin ini

Ketika mencari negara untuk disumbangkan dos-dos vaksin ini pula, sudah tentu negara kaya akan mencari dan hanya memilih negara yang sukses atau berpotensi besar untuk berjaya melawan pandemik Covid-19.

Mereka (negara-negara kaya) tidak akan memberi dos-dos vaksin percuma sewenang-wenangnya kepada mana-mana negara yang dianggap gagal atau berpotensi gagal dalam melawan virus ini.

Justeru, pada sisi tersiratnya kita boleh nampak bagaimana Menteri-Menteri Kabinet yang bekerja ke arah pembentukan ‘herd immunity’ ini sedang diiktiraf di mata dunia.

Siapa mereka?

Senaraikan beberapa Menteri Kabinet yang jelas bekerja untuk vaksinasi, seperti Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan), Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) dan Datuk Sri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Namun semua kejayaan bersifat setempat ini tidak akan diiktiraf di peringkat global sekiranya Wisma Putra pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak bekerja keras untuk menonjolkan usaha dalaman kita ke persada lebih luas.

Antara yang turut membantu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jadi penglibatan negara-negara luar yang kaya ini dalam menyumbang ke arah pembentukan ‘herd immunity’ bukanlah suatu perkara negatif atau penjajahan bentuk baru, sebaliknya ia suatu simbol negara kaya mengiktiraf usaha menteri-menteri kita yang terpilih.

Banyak sumbangan Malaysia terima

Malaysia telah menerima sumbangan pelbagai jenis vaksin Covid-19 termasuk sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech dari Amerika Syarikat, sejuta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun dan 500,000 dos vaksin Sinovac dari China.

Dalam satu kenyataan pada 30 Julai, Hishammuddin yang bertanggungjawab membawa masuk pemberian vaksin Covid-19 ke dalam negara kita turut mengumumkan, sumbangan vaksin AstraZeneca oleh United Kingdom akan tiba pada 3 Ogos, sebanyak 415,000 dos.

Beliau berkata Arab Saudi akan turut menyumbang sejuta dos vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca dan penghantarannya akan dibincangkan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan KSRelief.

Hishammuddin berkata demikian selepas majlis penyerahan bekalan perubatan sumbangan Kerajaan Arab Saudi melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief) bagi membantu Malaysia memerangi pandemik Covid-19 yang berlangsung di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) pada 30 Julai.

Bekalan perubatan yang diserahkan oleh Kerajaan Arab Saudi termasuk 100 unit ventilator, 150 unit ventilator mudah alih, 319 unit pemekat oksigen, 30 unit alat bantuan pernafasan dan 150 katil perubatan elektrik. – NB

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *