Muhyiddin, Takiyuddin Titip Ucapan “Daulat Tuanku” Kepada Agong Di Media Sosial

Muhyiddin, Takiyuddin Titip Ucapan “Daulat Tuanku” Kepada Agong Di Media Sosial

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menitipkan ucapan selamat Hari Keputeraan ke-62 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua mereka mengucapkan “Semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”.

Muhyiddin dan Takiyuddin termasuk Kabinet Perikatan Nasional (PN) menjadi fokus utama pemerhati politik dan netizen selepas Istana Negara dalam kenyataan semalam menzahirkan rasa “amat dukacita” Yang di-Pertuan Agong atas pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat, yang masih belum mendapat perkenan baginda.

Menjawab kenyataan istana, Pejabat Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, jawapan dari Pejabat Perdana Menteri itu sekali lagi dijawab oleh Istana Negara pada 30 Julai 2021 bagi menjelaskan kemurkaan Tuanku terhadap perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *