“Melainkan Kerajaan Nak Kata Tuanku Ni Menipu, Baginda Menipu Ke Tan Sri?”

“Melainkan Kerajaan Nak Kata Tuanku Ni Menipu, Baginda Menipu Ke Tan Sri?”

Tan Sri Muhyiddin weh,

Tak comel sangat-sangat bila Tuanku bertitah sepatah dan kita jawab dua patah. Itu bukan cara kita berinteraksi dengan istana. Orang tua kata kurang ajar namanya

Satu lagi, tak kena sangat bila kerajaan mempertahankan tindakan mereka dengan menggunakan Perkara 40 Perlembagaan yang mengatakan Tuanku kena bertindak atas nasihat Jemaah Menteri.

Saya baca perenggan ke 6 kenyataan media Tuanku. Jelas menunjukkan bahawa Tuanku YDPA telahpun berbincang, menerima nasihat, dan memberi pendapat bersama sama dengan Menteri Undang2 DS Takiyuddin dan Peguam Negara. Dan keputusan hasil daripada konsultansi itu adalah Ordinan Darurat ini akan dibincang di parlimen.

Bermakna perkenan Tuanku supaya perbahasan di parlimen dibuat adalah selaras dengan Perlembagaan. Perkara 40 itu telah dipenuhi. Bukan Tuanku memandai-mandai tak dengar nasihat Menteri dan Peguam Negara.

Melainkan kerajaan nak kata Tuanku ni menipu. Baginda menipu ke Tan Sri?

Tuanku mempunyai reserve power dalam sumpah perjawatan. Nasihat jemaah menteri bukan bermakna Tuanku hanyalah rubber stamp yang cop segala kehendak kerajaan. Baginda ada hak untuk dinasihati dan menasihati (right to be consulted, right to advice) dalam menunaikan tanggungjawab baginda sebagai Ketua Negara.

Bercakap dengan istana ni ada kaedahnya. Jangan main jawab saja walaupun kita betul. Istana ini ada ikatan emosi yang kuat dengan orang Melayu.

Kerajaan yang menyanggah istana, adalah kerajaan yang takkan hidup lama

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Sumber : https://www.facebook.com/100001200986490/posts/4629503147099672/?sfnsn=mo

[PENAFIAN : Ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ia tidak semestinya menggambarkan kenyataan portal Naluri Bangsa. Terima kasih]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *