Jika Kes Jangkitan Covid-19 Terus Meningkat, Jumlah Katil Di Hospital Sudah Tiada

Jika Kes Jangkitan Covid-19 Terus Meningkat, Jumlah Katil Di Hospital Sudah Tiada

Kerajaan Bangladesh memberi amaran sekiranya kes jangkitan Covid-19 terus meningkat akan menyebabkan ketiadaan katil di hospital.

Kes penularan wabak dan kematian semakin meningkat sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

Semalam, sebanyak 228 kes kematian dan 11,291 kes baharu direkodkan.

Kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan sejak sambutan perayaan Aidiladha minggu lalu.

Bagaimanapun, sekatan pergerakan itu dilaksanakan semula dengan lebih ketat selama 14 hari bagi membendung penularan virus di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Zahid Maleque berkata, setiap individu perlu mematuhi perintah sekatan bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan harian.

“Kita tidak mahu jumlah kes harian meningkat. Bagi mengurangkan bilangan pesakit di hospital, kita perlu mengurangkan jumlah jangkitan,” katanya.

Zahid melahirkan kebimbangan mengenai trend baharu itu dan sekiranya jangkitan masih berterusan meningkat akan menyebabkan tiada kekosongan di hospital.

“Sekiranya Covid-19 tidak dapat dikawal, ia akan memberi ancaman kepada ekonomi negara. Jadi, tiada cara lain melainkan mematuhi peraturan keselamatan kesihatan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke Pusat Konvensyen Universiti Perubatan Bangabandhu Sheikh Mujib (BSMMMU).

Hospital yang dimiliki BSMMU mampu menempatkan 1,000 katil termasuk 200 unit penjagaan rapi dan unit kebergantungan tinggi yang akan mula beroperasi Sabtu depan. -AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *