Latheefa Koya Kesal NTF Label PATI Sebagai “Ancaman Terhadap Keselamatan Negara”

Latheefa Koya Kesal NTF Label PATI Sebagai “Ancaman Terhadap Keselamatan Negara”

Pasukan petugas khas kebangsaan (NTF) yang melakukan rondaan sempadan dan aktiviti penguatkuasaan ketika PKP dikecam kerana melabelkan pendatang tanpa izin sebagai “ancaman terhadap keselamatan negara.”

Peguam Latheefa Koya pada hantaran di media sosial menyifatkan unit penguatkuasaan itu sebagai tidak berperikemanusiaan untuk menggunakan sedemikian terhadap pendatang yang menjadi mangsa eksploitasi penyeludupan dan pemerdagang manusia.

“Ini kejian tanpa belas ihsan terhadap seluruh golongan manusia yang telah dieksploitasi oleh pemerdagangan manusia dan beberapa penjenayah di tampuk kuasa,” kicau bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kerajaan tidak boleh menggunakan bahasa seperti ini! Hanya orang yang telah kehilangan kemanusiaan yang akan menggelarkan hal ini sebagai masalah keselamatan,” katanya.

“Hentikan ini sekarang atau tidak ada (pendatang) yang keluar untuk vaksinasi dan ini akan membahayakan kita semua,” tambah Latheefa.

Dia mengulas poster dimuat naik NTF di halaman Facebooknya bersama-sama dengan mesej bertulis:

“Pendatang asing tanpa izin (Pati) satu ancaman terhadap keselamatan negara.

“Bersama-sama kita menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” kata hantaran NTF pada 22 Julai itu.

Bulan lalu, NTF menarik perhatian apabila memuat naik poster kontroversi yang bertulis:

“Migran etnik Rohingya, kedatangan anda tidak diundang”. Poster itu diturunkan setelah mendapat kecaman meluas.

Masyarakat sivil telah menimbulkan kebimbangan jika pekerja migran tanpa izin dan pelarian di negara ini akan menerima vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menegaskan “mustahil” untuk memberi vaksin kepada individu tanpa dokumen perjalanan sah, kerana tidak akan ada cara untuk mengetahui status mereka di sini.

Pun begitu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan vaksinasi secara ‘walk in’ akan dibuka kepada semua orang dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ini jelasnya bagi membolehkan semua populasi orang dewasa yang masih belum didaftarkan atau tidak direkodkan untuk mendapat vaksin, seperti pendatang asing tanpa dokumen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *