Lelaki Dakwa Roti Tesco Ada Dadah

Lelaki Dakwa Roti Tesco Ada Dadah

Seorang lelaki mendakwa dia gagal dalam ujian pengesanan dadah semasa temuduga kerja kerana makan roti yang diperbuat daripada biji popi.

Lapor Metro, bakal majikannya tidak menawarkan pekerjaan itu selepas keputusan ujian menunjukkan terdapat dadah jenis opium dalam badannya.

Namun, lelaki itu membantah dan menafikan dia mengambil dadah serta tidak menjalani sebarang rawatan perubatan yang menyebabkan keputusan positif.

MUNGKIN TERLEPAS BACA : Kes Pukul Gadis: Polis Syak Rebut ‘Pakwe’ Punca Gaduh

Dia mendakwa dadah itu dikesan dari sandwich yang dimakannya sebelum temuduga.

Hidangan itu dibuat menggunakan roti jenama Tesco yang mempunyai biji popi yang ditaburkan di bahagian atas.

Bagaimanapun, jurnal perubatan menjelaskan adalah mustahil biji popi di roti menunjukkan kesan pengambilan dadah kerana tidak mengandungi opium.

Kakak kepada lelaki itu mengambil tindakan memuat naik kandungan ke dalam media sosial untuk memberi amaran kepada orang lain supaya mengelakkan beberapa jenis roti sekiranya akan mengambil ujian pengesanan dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *