Kes Menurun, “Keep It Up” Malaysia! – Abdul Rahman

Kes Menurun, “Keep It Up” Malaysia! – Abdul Rahman

 

Data tidak pernah menipu. Alhamdulillah selepas seminggu kita ‘total lockdown’, data menunjukkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian seluruh negara menurun sehingga berada pada tahap 0.97.

Walaupun kita lihat jalan raya masih ada yang sesak, saya percaya yang keluar ini adalah atas keperluan mencari rezeki, ada mulut yang perlu disuap dan perut perlu diisi.

Atau mungkin atas urusan lain seperti temujanji vaksin dan sebagainya. Rata- rata rakyat Malaysia lebih ramai yang duduk di rumah, patuh dan tidak hadiri aktiviti “mass group”.

Penghargaan ini saya nak zahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersatu hati dalam memerangi pandemik ini. Begitu juga kepada frontliners yang bertungkus lumus berkhidmat untuk kita semua.

Kadar ini turun berbanding tahap 0.99 yang direkodkan pada Ahad, manakala pada Sabtu dan Jumaat lalu masing-masing merekodkan tahap 1.00 dan 1.03.

Negara kita pernah catat nilai tertinggi pada 23 Mei lalu dengan catatan 1.21 sebelum turun kepada 1.20 pada dua hari selepasnya.

Kita telah buktikan kepada semua dengan kebergantungan bersama – melakukan peranan masing-masing, maka kita boleh berjaya melawan pandemik ini dengan berkesan.

Justeru saya ingin terus mengajak semua pihak untuk terus mengekalkan semangat satu hati ini agar dapat saling bantu membantu menjaga (SOP), amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (sesak, sempit dan sembang dekat).

Semoga harapan kita di Lipis untuk #LipisMestiMenang dan #MalaysiaMestiMenang di seluruh negara dapat tercapai dengan penurunan kadar kebolehjangkitan (Rt) ini.

Mari kita buktikan sekali lagi yang kita akan menang melawan pandemik ini.

DSARM

#Lipismestimenang
#DSARM
#lindungdirilindungsemua
#kitamestimenang
#darikampungkekampung
#JagajarakJagaSOP

 

Sumber : https://www.facebook.com/abdulrahmanmohamadp079/photos/a.1499693360262147/2992083647689770/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *