Netizen Tertarik Dengan Cara Reezal Merican Jawab Isu Di FB Najib Razak

Netizen Tertarik Dengan Cara Reezal Merican Jawab Isu Di FB Najib Razak

Baru-baru ini timbul isu mengatakan bahawa Malaysia berkemungkinan tidak akan dibenarkan menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020.

Desas desus ini juga berkait dengan senarai 159 buah negara yang dihalang daripada memasuki negara Jepun seperti mana siaran pemakluman oleh Kementerian Luar Negeri Jepun sebelum ini.

Apabila timbul isu ini di media, ramai yang tampil menyatakan kerisauan dan sedih mereka sekiranya Malaysia tidak dibenarkan beraksi dalam temasya sukan berprestij dunia tersebut.

Ia bukan sekadar mendapat komen dari peminat atau tokoh sukan, malah beberapa ahli politik ternama dalam negara ini turut tampil memberi ulasan masing-masing mengenai hal itu.

Antaranya Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang.

Dalam ulasan Najib, beliau amat berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan drastik terhadap perkara ini. Manakala bagi Kit Siang pula, tindakan Jepun ini dilihatnya sebagai bukti kegagalan negara kita menyempurnakan akta darurat yang sedang dikuatkuasakan ini.

Untuk itu, Menteri KBS Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah tampil membuat penjelasan dan bertindak serta merta bagi mengurangkan kegentingan isu tersebut.

Beliau mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta semua pihak berkaitan untuk mendapat pengesahan dan maklumat terperinci berhubung laporan berkenaan.

“Siaran pemakluman tersebut juga turut menyentuh pengecualian yang boleh diberikan kepada beberapa kategori rakyat asing termasuklah “athletes and other persons concerned with Olympic and Paralympic Games Tokyo 2020.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan MSN supaya berhubung dan berbincang dengan MOM serta semua pihak yang berkaitan untuk mendapat pengesahan dan maklumat terperinci berkenaan perkara ini,” katanya dalam kenyataan media, pada 8 Jun 2021.

Tambahnya KBS juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Jepun bagi mendapatkan sebarang perkembangan lanjut.

“Pada masa ini, momentum persiapan atlet negara berada pada tahap yang baik termasuklah persediaan latihan fizikal dan mental ke temasya Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung kira-kira 46 hari sahaja lagi.

“Di samping persiapan terbaik untuk atlet, KBS akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat sebagai keutamaan.

“Sebarang perkembangan terkini berkenaan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas Reezal.

Malah komen Reezal dalam Facebook Najib Razak juga telah menarik minat netizen.

Rata-rata netizen menunjukkan rasa bangga mereka terhadap sikap santun dan beradab yang ditunjukkan oleh Menteri KBS berkenaan apabila berbicara dengan Bekas Perdana Menteri yang lebih berusia dan berjasa kepada negara dalam menyelesaikan isu ini.

“Punya la Menteri Belia dan Sukan hormat pada DSN, walaupun DSN bukan lagi dalam kerajaan bukan presiden, ni baru betul kacang tak lupakan kulit, respect! Mantan Menteri Belia dan Sukan sila contohi DSRM ni baru orang respect kita balik, ada faham???,” kata pemilik akaun bernama Khadijah Abdul Rahman.

“Terbaik menteri KBS..semoga semua atlet dan pegawai pengiring sentiasa dilindungi dari wabah C19 dan membuahkan hasil titik peluh pada temasya itu kelak.. Harapan rakyat agar atuk tak menyusup dalam flight ke Temasya tersebut bagi mengelakkan meminjam Bon Samurai yang kesekian kalinya 😂,” kata facebook bernama Ghazali Abdullah.

Pemilik Facebook bernama Muhammad Asek pula menyebut : “Terus maju jaya YB dan team KBS, mudah mudahan segala keringat ini mendatang hasil kepada semua atlet malaysia ke tokyo 2021 nanti !”

Begitu juga dengan pemilik akaun bernama Khuzzry Kheisya Khuzzry Kheisya : “Menteri ni bagus la buat kerja..parti mana dia ni..PPBM ke????”

Kita berharap KBS dapat menyelesaikan isu ini agar maruah negara kita dapat diperbetulkan dan para peminat sukan tanah air tidak dikecewakan. – NB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *