Dua Lagi Vaksin Dari Sinopharm Lulus Ujian Klinikal

Dua Lagi Vaksin Dari Sinopharm Lulus Ujian Klinikal

Dua lagi vaksin tidak aktif dibangunkan syarikat farmaseutikal gergasi China, Sinopharm diluluskan dan dilaporkan berkesan terhadap COVID-19 pada fasa ketiga ujian klinikal.

Perkara itu didedahkan oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat.

Kedua-dua vaksin tidak aktif ini menunjukkan kadar keberkesaan sehingga 72.8 peratus dan 78.1 peratus.

Berdasarkan laporan awal ujian klinikal, kedua-duanya dilaporkan berkesan terhadap simptom COVID-19 dengan kesan buruk serius yang jarang dilaporkan.

Ini merupakan laporan kajian pertama ujian klinikal fasa ketiga bagi dua vaksin tidak aktif itu.

Menurut Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Peking University First, Wang Guiqiang, kajian dijalankan melibatkan peserta daripada pelbagai negara.

Mereka diberikan suntikan vaksin sebenar sementara satu lagi kumpulan diberikan suntikan placebo.

Mereka kemudian menjalani kehidupan seperti biasa dan analisis diambil berdasarkan berapa banyak kes bagi setiap kumpulan yang direkodkan dan mengira kadar perlindungan.

Lebih 40,000 peserta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain berusia 18 tahun ke atas tanpa sejarah COVID-19 sertai ujian klinikal ini.

kajian dimulakan pada 16 Julai 2020 dan data mula dilengkapkan pada 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *