Imam Didenda RM2,000 Atas Kesalahan Pukul Isteri

Imam Didenda RM2,000 Atas Kesalahan Pukul Isteri

Seorang imam didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memukul isterinya di sebuah pusat tahfiz di Bera.

Tertuduh, Mhd Khusni Selamat, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tei Pei Si.

Menurut kertas pertuduhan pada pukul 7.30 malam 19 April lalu bertempat di sebuah Maahad Tahfiz di Felda Bukit Mendi, Bera tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Susulan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar denda dan dibebaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *