Dos Palsu Vaksin Pfizer Dijual Dengan Harga USD2,500

Dos Palsu Vaksin Pfizer Dijual Dengan Harga USD2,500

 

Dos palsu vaksin Pfizer dijual di Mexico dan Poland dengan harga USD2,500 setiap suntikan, menurut syarikat pembuat vaksin itu dan wakil pegawainya di Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan Wall Street Journal, walaupun secara fizikal ia tidak kelihatan merbahaya, sekitar 80 orang sudah menerima vaksin palsu di sebuah klinik di Mexico, menurut AFP.

Jurucakap kerajaan Mexico berkaitan Covid-19, Hugo Lopez-Gatell berkata tidak ada produk yang memberi jaminan terhadap kesihatan mereka yang ditipu, malah beberapa orang sudah ditahan.

Lopez-Gatell berkata ubat palsu itu ditawarkan di rangkaian sosial dengan harga sehingga USD2,500 setiap unit (suntikan) dan dikesan polis.

Bebuli kaca berisi vaksin palsu berkenaan dijumpai dalam bekas penyejuk bir dan dikenal pasti palsu menerusi nombor pendaftaran dan tarikh luput, kata pegawai kerajaan Mexico itu.

Semua bebuli kaca berisi vaksin palsu Covid-19 yang dirampas di Poland mengandungi bahan kosmetik, antaranya krim anti-kedut, kata syarikat itu.

“Kami menyedari dalam situasi yang didorong oleh kemudahan internet, akan ada peningkatan cubaan penipuan, pemalsuan dan kegiatan haram lain yang berkaitan dengan vaksin dan rawatan Covid-19,” kata jurucakap Pfizer kepada ABC News.

Pada Februari lalu, pihak berkuasa kesihatan di bahagian utara Mexico, Nuevo Leon memberi amaran tentang penjualan “sulit” vaksin yang didakwa untuk rawatan Covid-19 dan mendesak orang ramai untuk tidak mengambilnya.

Pada Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengingatkan tentang vaksin Pfizer “palsu” yang terdapat di Mexico dan berkemungkinan masih lagi diberi di wilayah itu.

Pfizer menguji bebuli palsu itu dan mendapati mereka tidak mengandungi dua suntikan vaksin yang dihasilkan dengan BioNTech.

Lev Kubiak, Ketua Keamanan Global Pfizer, berkata faktor keperluan dan kekurangan vaksin telah menyebabkan berlakunya kes penipuan tersebut.

“Kami mempunyai bekalan yang sangat terbatas, penyediaan yang akan meningkat seiring dengan peningkatan dan perusahaan lain memasuki pasaran vaksin. Dalam pada itu, ada peluang untuk penjenayah,” katanya kepada Wall Street Journal.

Mexico juga sedang meneliti penghantaran sebanyak 6,000 dos daripada apa yang didakwa sebagai vaksin Rusia Sputnik yang dirampas di dalam sebuah pesawat peribadi menuju ke Honduras bulan lalu, kata akhbar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *