Atas Perintah Raja Abdullah II, 16 Tahanan Di Jordan Bebas Sempena Ramadan

Atas Perintah Raja Abdullah II, 16 Tahanan Di Jordan Bebas Sempena Ramadan

JORDAN pada Khamis membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas putera mahkota, Putera Hamzah Hussein.

Kesemua tahanan dibebaskan atas perintah Raja Abdullah II sempena bulan Ramadan yang mulia.

Enam belas tahanan tersebut termasuk pemimpin suku kaum dan dua bekas pegawai kanan kerajaan.

MENARIK JUGA : VIDEO | Penjara Paling Kejam Di Dunia Telah Dibuka Untuk Orang Ramai

Kesemua mereka sebelum ini ditangkap oleh pihak berkuasa yang turut menyaksikan Putera Hamzah, saudara tiri Raja, dikenakan sejenis tahanan rumah.

Bagaimanapun, putera tersebut menafikan terlibat dalam komplot dan menuduh pihak berkuasa cuba mengalih perhatian daripada isu rasuah di negara itu.

Wafaa Bani Mustafa, bekas ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat dengan Raja pada Khamis berkata, kesemua 16 itu dibebaskan supaya boleh menghabiskan cuti bersama keluarga sambil siasatan terus dijalankan.

Katanya, Raja tidak menyebut nama Putera Hamzah kerana perkara itu telah diselesaikan sesama keluarga diraja.

Ketika ini, kesemua tahanan masih belum menerima pengampunan diraja.

Raja Abdullah hanya membebaskan mereka susulan petisyen yang dikeluarkan oleh suku kaum mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *