Tak Hadir Bekerja Selama 15 Tahun, Tapi Gaji Tetap Jalan

Tak Hadir Bekerja Selama 15 Tahun, Tapi Gaji Tetap Jalan

SEORANG pekerja di sebuah hospital Itali didakwa tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu, media tempatan melaporkan.

Lelaki berkenaan dikatakan tidak hadir ke Hospital Ciaccio di Catanzaro sejak 2005.

Dia kini disiasat atas kesalahan menipu, melakukan pemerasan dan salah guna kuasa, menurut laporan agensi berita Ansa.

Sepanjang tempoh 15 tahun itu, lelaki berkenaan dilaporkan telah dibayar sebanyak €538,000 (RM2.67 juta).

Enam pengurus hospital yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut disiasat.

Penahanan dibuat hasil siasatan polis berkenaan amalan ponteng kerja dan dakwaan penipuan dalam kalangan pekerja sektor awam di Itali.

Lelaki berkenaan merupakan pekerja sektor awam dan ditugaskan di hospital itu pada tahun 2005 namun dia tidak hadir ke tempat kerja, kata polis.

Dia turut didakwa mengugut pengurusnya supaya tidak melaporkan tindakan dia itu.

Selepas pengurus berkenaan pencen, ketidakhadiran lelaki itu tidak disedari pengurus seterusnya atau petugas sumber manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *