“Saya Disihir Melalui Mata” – Da’i Syed

“Saya Disihir Melalui Mata” – Da’i Syed

Penyanyi kontroversi, Syed Shah Iqmal mengakui dia sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran secara langsung di Instagram miliknya selama ini.

Menurut Syed, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika membuat IG Live.

“Ya! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di IG Live juga begitu. Sebab, beberapa bulan lalu saya berubat. Ustaz itu nasihatkan saya jangan terlalu pandang kamera.

“Sebab mereka hantar sihir dan santau melalui mata saya ketika waktu di IG. Mohon doakan. So struggle nak pulih,” tulisnya.

Syed mengulas tindakan seorang netizen yang mempersoalkan tindakan yang sering bercakap tidak memandang kamera.

Ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi peringatan supaya ketika bercakap menghadap individu tersebut.

Sebelum ini, nama pendakwah berusia 26 tahun iu menjadi perhatian apabila berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. – MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *