Kes COVID-19 Naik Kerana Rasa Keliru, Tak Konsisten Amal SOP – WHO

Kes COVID-19 Naik Kerana Rasa Keliru, Tak Konsisten Amal SOP – WHO

KEKELIRUAN, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

Menurutnya, walaupun 780 juta vaksin telah diberikan secara global namun langkah kesihatan termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal masih harus menjadi amalan.

Ia dapat dikendalikan dalam beberapa bulan dengan langkah-langkah kesihatan awam.

Katanya, WHO juga ingin melihat masyarakat dan ekonomi kembali dibuka dengan perjalanan dan perdagangan kembali seperti biasa.

Bagaimanapun, jelasnya unit rawatan rapi (ICU) di kebanyakan negara semakin tertekan berikutan peningkatan kes.

Tambah Dr. Tedros, dunia perlu tetap optimis apabila mencatatkan penurunan kes dan kematian selama dua bulan pertama tahun ini dan ia menunjukkan virus berkenaan boleh dihentikan.

Beliau berkata, dunia berada di titik krisis ketika ini dengan trajektori pandemik itu meningkat untuk minggu ke-7 berturut-turut.

Dr Tedros menyatakan bahawa di beberapa negara, walaupun penularan berterusan, restoran dan kelab malam penuh, pasar terbuka dan sesak dengan hanya beberapa orang yang mengambil langkah berjaga-jaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *