Kes COVID-19 Di Sarawak Meningkat Sejak Januari, Kata Dr Adham Baba

Kes COVID-19 Di Sarawak Meningkat Sejak Januari, Kata Dr Adham Baba

 

SARAWAK menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sejak 9 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

“Data menunjukkan bahawa ini adalah dari kluster tertentu.

“Terdapat 39 kluster komuniti dan 17 kluster tempat kerja yang kini aktif,” katanya dalam sidang media mingguan Covid-19 hari ini.

Kluster sosial menyumbang sebahagian besar daripada 39 kluster jangkitan komuniti iaitu sebanyak 21.

Beliau juga menyebut lima kluster rumah panjang, tiga kluster kampung, empat kluster berkaitan dengan perjalanan antara daerah dan satu berkaitan dengan aktiviti sabung ayam.

Adham berkata bahawa beliau akan ke Sarawak hari ini untuk berjumpa dengan kerajaan negeri bagi membincangkan persiapan mengurangkan penyebaran virus termasuk mobilisasi tenaga kerja dan peralatan.

Kadar jangkitan di Sarawak adalah 1.08 sehingga semalam.

Semalam Sarawak melaporkan 443 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan negeri kedua tertinggi di seluruh negara.

Jumlah kes terkumpul di negeri ini berjumlah 20,001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *