Annuar Musa Cadang Tubuh Muafakat Nasional 2.0

Annuar Musa Cadang Tubuh Muafakat Nasional 2.0

 

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mahu mewujudkan Muafakat Nasional (MN) 2.0.

“Saya akan mencadangkan agar kata mulakan MN 2.O….Perikatan Nasional, BN, GPS GRS boleh menyertai gerakan ini.

“Pas boleh mengurusetiakan MN2.0. Jadikan ia wadah terbuka untuk semua menyertainya berpaksikan penyatuan pemikiran pemimpin Melayu yang sealiran.kami bersedia mendokongnya,” ujarnya di Twitternya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh sebelum itu menyatakan kekecewaannya dengan partinya sendiri, UMNO yang didakwa mengisytiharkan perpecahan dalam masa Pas dan Bersatu memperbaharui iltizam bersama mendepani PRU-15.

Annuar dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 menjadi bahan kritikan sebahagian pimpinan dan perwakilan parti kerana didakwa tidak menyokong usaha tidak bekerjasama dengan Bersatu menghadapi PRU-15.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini juga menasihatkan Pas supaya kekal mempertahankan gagasan MN yang asli.- MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *