VIDEO | Saat Penyampai TV Diserang Gadis Bogel Ketika Sedang ‘Live’…

VIDEO | Saat Penyampai TV Diserang Gadis Bogel Ketika Sedang ‘Live’…

 

Seorang penyampai televisyen program Acces Direct di Romania diserang wanita bogel menggunakan bata di dalam studio.

Lebih malang, serangan itu dilakukan ketika penyampai saluran Antena 1, Mirela Vaida sedang bersiaran langsung pada 19 Mac lalu.

Insiden yang berjaya dirakam itu menunjukkan Mirela berhenti bercakap lalu menjerit.

Wanita bogel itu kemudian dilihat berlari menuju ke arah Mirela sebelum mencampakkan bata ke arahnya.

Namun, bata tersebut tidak mengenainya.

Beberapa krew produksi dilihat meluru ke arah wanita bogel itu untuk menghalang sebarang tindakan lain yang mungkin dilakukannya.

Antena 1 bertindak menghentikan siaran selama 15 minit dan hanya menyiarkan iklan sejurus kejadian itu berlaku.

Mirela kemudian kembali bersiaran langsung dan menjelaskan berkenaan situasi yang berlaku.

Mirela yang langsung tidak mengenali wanita bogel itu berkata dia sangat terkejut dan sedaya upaya untuk bertenang.

Polis yang menahan wanita bogel itu bagaimanapun masih belum mendedahkan identiti wanita yang berasal dari bandar Lasi, timur Romania itu atau motif kejadian.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *