Inai Sudah Dijari Neelofa…

Inai Sudah Dijari Neelofa…

 

Kisah tarikh pernikahan selebriti popular, Neelofa dengan jejaka pilihan hatinya, PU Riz semakin menarik perhatian ramai apabila jarinya kelihatan sudah merah berinai.

Ia dapat dilihat secara jelas dalam satu perkongsian Instagram Story miliknya hari ini yang memaparkan Neelofa sedang mempromosikan satu produk jenamanya.

Menerusi video itu, inai pada jari tangan kirinya saling tak tumpah seperti inai yang sering dipakai bakal raja sehari.

Lebih menguatkan dakwaan itu, inai yang sering digunakan Neelofa sebelum ini hanya pada bahagian kuku sahaja, namun kali ini amat berbeza dan ketara.

Walaupun timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi, namun sehingga kini baik Neelofa dan Riz serta ahli keluarga masih mengunci mulut mengenai berita yang ditunggu-tunggu ramai ini.

Semalam, Neelofa memuat naik hantaran tiga potongan doa memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Gara-gara perkongsian itu, ramai peminat mengandaikan ia berkaitan majlis perkahwinannya dengan Riz.

Selain itu, foto kolaj di belakang doa terbabit turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan ‘fitting’ pakaian pengantin di sebuah butik.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga di sebuah hotel mewah di ibu kota, Sabtu ini.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik. – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *