Biodata Lee Zii Jia : Siapa Beliau Sebenarnya?

Biodata Lee Zii Jia : Siapa Beliau Sebenarnya?

 

Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Beliau dilahirkan pada tanggal 29 Mac 1998. Pada 2019 lalu, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019.

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.

Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak usianya 5 tahun lagi.

Beliau merupakan anak jati negeri Kedah Darul Aman.

Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah di SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pada tahun 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

National men’s single Lee Zii Jia (left) with Former world No. 1 Datuk Lee Chong Wei react during press conference after signing 100PLUS ambassador ceremony at Axiata Arena, Bukit Jalil. FAIHAN GHANI/The Star.

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master, namun akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand.

Pada September 2017 pula, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger.

Pada tahun berikutnya iaitu ketika bulan Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu pemain ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir.

Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.

Manakala pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen.

Badminton – All England Open Badminton Championships – Arena Birmingham, Birmingham, Britain – March 14, 2020 Malaysia’s Lee Zii Jia reacts during his semi final match against Denmark’s Viktor Axelsen Action Images via Reuters/Andrew Boyers

Zii Jia seterusnya melayakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas kepada pemain ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.

Pencapaian beliau meningkatkan ranking dunia BWF Zii Jia dengan mencatatkan kedudukan pada no.11 pada tanggal 12 November 2019.

Malaysia’s Lee Zii Jia plays a return to Denmark’s Viktor Axelson during their All England Open Badminton Championships mens singles semi-final match in Birmingham, central England, on March 14, 2020. (Photo by Oli SCARFF / AFP)

Pada bulan Disember pula, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019, dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.

Ketika awal tahun 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia.

Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia. Pada bulan Februari iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.

Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan seumpama ini kerana sebelum ini kedudukan ranking beliau terlalu rendah untuk melayakkan dirinya menyertai kejohanan berkenaan.

Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long.

 

Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.

Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.

Pada tanggal 21 Mac 2021, Lee Zii Jia melakar sejarah dunia apabila memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 dengan menewaskan Victor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Victor Axelsen pada edisi 2020.

Syabas Wira Malaysia!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *