Polis Sudah Tahu Dimana Sajat Sembunyi, Jika Tak Serah Diri Mereka Bertindak

Polis Sudah Tahu Dimana Sajat Sembunyi, Jika Tak Serah Diri Mereka Bertindak

Sajat Sumber : Instagram Nur Sajat  

Datuk Arjunaidi Mohamed selaku Pemangku Ketua Polis Selangor berkata, tindakan akan diambil terhadap Sajat jika dia tidak tampil menyerah diri.

Datuk Arjunaidi MohamedSumber : Malaysia Kini  

“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan.” ujar Datuk Arjunaidi ketika dihubungi.

Terdahulu, Jabatana Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta bantuan pihak polis untukmengesan keberadaan usahawan kosmetik itu selepas dia dilapor menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan.

SajatSumber : Google  

Pada pertengahan Februari lalu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Sajat selepas dia gagal hadir ke sebutan kes yang melibatkan dirinya di mana dia telah berpakaian menyerupai wanita sehingga boleh mendatangkan kehinaan kepada agama Islam.

Sejak daripada waran itu dikeluarkan, Sajat telah menghilangkan diri untuk mengelakkan daripada dicekup JAIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *